Sabtu, 6 Julai 2013

Petua Memudahkan Kelahiran

Melahirkan anak adalah salah satu nikmat yang terbesar yang diberikan Allah S.W.T kepada setiap wanita. Namun, bagi sesetengah wanita yang beranak sulung pasti mempunyai rasa gemuruh dan takut saat menghadapi waktu kelahiran yang bakal tiba. Apatah lagi pelbagai insiden yang tidak enak didengar daripada kawan-kawan atau sebaliknya.
Salah satu aktiviti yang perlu diamalkan pada hujung kelahiran ialah perbanyakkan penafasan. Samada secara senaman tetap seperti berjalan-jalan selama 30 minit atau lebih selepas makan. Apabila bersenam kita bakal melakukan banyak aktiviti penafasan yang amat penting dalam membantu ketika kita menahan sakit dan meneran nanti.
Emosi juga antara elemen yang sangat penting untuk dijaga. Pastikan emosi dan keadaan kita selesa kerana ianya akan menyumbang kepada kelancaran proses kelahiran kelar. Sikap yang tenang dan selesa dapat menghindarkan kita daripada menerima apa-apa juga jenis alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep.
Oleh itu, cuba tenangkan diri sejak dari rumah lagi sebelum berangkat ke hospital. tergopoh-gapah yang hanya akan mengundang risiko yang tidak baik.
Selain itu, sokongan daripada tersayang juga antara faktor pelengkap atas segala kemudahan semasa proses kelahiran nanti. Ianya umpama vitamin yang tiada tandingan. Di waktu anda perlu berhadapan dengan segala macam tekanan untuk melahirkan, keberadaan suami di sisi pasti dapat mengurangkan serba sedikit tekanan yang dialami. Namun, suami perlulah mempunyai semangat yang kental agar dia mampu memberi sokongan ketika anda berhadapan dengan kesakitan untuk melahirkan bayi.
Di bawah ini sedikit perkongsian untuk memudahkan kelahiran mengikut petua orang tua-tua dahulu yang berdasarkan agama Islam yang sangat bermanfaat untuk diamalkan.

Selamat berjaya melahirkan bayi yang sihat lagi bijak !

Didik Anak Autisme Menjadi Normal Mulai Hari Ini

Saban minggu saya menerima panggilan daripada para ibubapa di sekitar lembah klang mahupun negeri lain mengenai teknik terbaik mendidik anak autisme. Panggilan bukan sahaja diterima daripada kalangan ibu malah kalangan bapa juga.
Kebanyakkan lingkungan umur anak mereka sekitar usia 3 tahun dan ke atas. Mereka mula kesan simptom autisme apabila mereka membaca hasil perkongsian saya di ruangan blog pada topik autisme yang dulu.
Saya faham bahawa isu autisme terutamanya selain ADHD ( Attention Deficit Hyperactivity Disorder) atau Delay Development antara isu hangat di kalangan masyarakat sekarang. Jika boleh disimpulkan mengikut nisbah, saya kira dalam 1 : 50 atau kurang daripada itu.
Mengikut pengalaman sebagai guru playgroup dan pengamal pendidikan awal kanak-kanak, di kelas Excel Qhalif Playgroup sendiri mempunyai beberapa pelajar yang menghidapi Autisme. Tetapi bilangannya tidaklah ramai kerana takut menganggu pelajar yang lain dan saya mudah fokus kepada mereka dan kelas. Ada kanak-kanak perempuan dan ada juga yang lelaki.
Mengikut kajian juga, anak-anak autisme ini akan kembali normal seperti kanak-kanak yang lain apabila mereka mula membesar sekitar usia 8 ke 9 tahun. Cabaran utama ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme ialah apabila ingin mencari tadika yang boleh menerima anak autisme mereka. Amat kurang tadika yang mempunyai tenaga mahir yang mampu mengawal anak autisme dan boleh dikatakan amat sukar bagi kita orang Islam.
permainan akan membantu anak menjadi bijakSejauh mana anak saya seorang autisme ?
Disebabkan kepesatan teknologi masa kini, ilmu dan maklumat mudah tersebar. Tidak dinafikan sebagai ibubapa yang prihatin kita mencari maklumat sebanyak mungkin bagi mengatasi apa yang berlaku pada si manja kita.
Namun, aturan yang pertama perlu saya ingatkan dan tegaskan ialah, jangan mudah panik. Bertenang adalah perkara asas bagi mencari jalan keluar. Semakin kita panik, kita umpama mengiakan perkara yang kita mahu elakkan. Seperti isu autisme ini.
Yang lebih mengejutkan, ada juga saya terima panggilan daripada seorang ibu daripada selatah tanah air mengatakan anaknya seorang autisme. Bila ditanya baru 17 bulan umurnya. Umur itu masih terlalu kecil jika kita ingin kaitkan dengan autisme bagi saya.Ditambah dengan ketakutannya untuk memberitahu kononnya anak mereka itu autisme kepada suami beliau. Beliau terlalu panik sebenarnya.
Ini kerana, apabila saya berpeluang untuk berjumpa sesetengah anak yang autisme selang beberapa minggu saya dapati mereka bukanlah seorang yang autisme. Mereka hanya aktif seperti anak normal yang lain yang hanya kurang pandai memberi tumpuan. Tetapi jika diberikan lebih masa dan kepercayaan kepada mereka, mereka pasti membesar seperti anak normal yang lain.
Langkah untuk mengatasinya…
Membawa mereka bermain ke dunia luar
Sebahagian besar daripada kita akan membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor untuk mengesahkan keraguan mereka itu. Iya, itu satu tindakan yang betul. Selepas itu atau sebelum itupun kita boleh membawa anak kita keluar bergaul bersama komuniti untuk melihat interaksi anak kita bersama yang lain.
Doktor bertindak sebagai pemberi nasihat dan terapi untuk anak kita, namun praktikal kehidupan seperti membawa mereka bergaul adalah lebih bermanfaat. Kita juga boleh bawa anak kita bersiar ke taman permainan di pusat membeli belah secara rutin bagi memberi peluang kepada mereka untuk belajar dunia luar seperti anak normal yang lain.
Lakukan aktiviti seni bersama anakPerbanyakkan aktiviti seni dan kraf bersama anak autisme kita.
Ada anak autisme mempunyai tenaga yang sangat aktif. Mereka akan berpusing-pusing atau berlari tanpa penat. Cara terbaik untuk mengalirkan tenaga yang banyak di kalangan anak autisme itu ialah melalui aktiviti seni. Kita boleh pelbagaikan aktiviti seni setiap hari atau minggu bagi menarik perhatian mereka.
Berikan mereka ruang itu dan tidak mengapa sehingga mereka bosan. Biar tenaga mereka disalurkan ke arah pembentukkan kreativiti dan imaginasi mereka. Jangan tidak tahu, anak autisme ini adalah sangat bijak dan lebih bijak dibandingkan dengan anak normal yang lain apabila mereka sembuh nanti.
Terapi ayat Al-Quran
Selain kita boleh membaca doa ringkas seperti audzhu billahi minas syaitan nirrajim apabila kita berdepan dengan situasi anak autisme yang tantrum, Surah Taha antara surah yang terbaik untuk melembutkan hati si manja autisme kita.
Amalkan bacaan surah itu dari ayat 1 hingga 5 dan bisikkannya ke telinga sambil diusap ubun-ubun kelapa mereka semasa tidur. Boleh juga dibacakan surah itu hingga habis dan diberikan mereka minum atau dibuat susu. Sedangkan Sayyidina Umar Al-Khattab yang digeruni dengan wajah yang garang tersentuh hatinya tatkala mendengar alunan surah ini dibacakan. Inikan pula anak kita yang dikasihi.
Setiap penyakit pasti ada ubatnya kecuali mati. Dan bagi saya selain bantuan ubat-ubatan dan bantuan pakar dan guru yang mahir dalam menangani anak autisme ini, perkara yang paling penting ialah keyakinan kita. Adakah kita betul-betul yakin dengan apa yang kita lakukan itu mampu menyembuhkan anak autisme kita.
sayyidina umar
Ada juga yang berputus asa di tengah atau awal jalan sekalipun. Mana mungkin kita mampu menyelesaikan sesuatu perkara atau mencari penawar yang terbaik dalam sekelip mata. Kehidupan bukan begitu. Ianya sebuah perjalanan yang setiap satu jika kita lakukan tanpa putus asa, pasti ada hasil di kemudian hari.
Buat semua ibubapa yang mempunyai anak-anak autisme di Malaysia ini, saya kagum dengan kesabaran anda semua. Ada juga berkorban daripada jauh semata-mata untuk anak autisme yang tersayang. Semoga semua anak-anak autisme sekalian menghadiahkan pahala yang tak terhitung buat semua di akhirat kelak.
Akhir kata, jika kita fikir masalah yang kita hadapi ini sukar, fikirlah mereka yang lain yang lebih sukar masalahnya untuk dihadapi.
Salam sayang,

Membentuk Anak Berbudi Bahasa dan Hormati Orang

Membentuk anak mengenai budi bahasa adalah suatu proses yang berterusan. Setiap anak seawal usia 2 tahun memerlukan satu program yang betul untuk mereka teladani.
Hampir 90% tingkahlaku mereka serupa dengan apa yang mereka tontoni, terutamanya kartun kegemaran mereka. Jika aksi yang dilihat mempamerkan keganasan atau pergaduhan, kita boleh lihat reaksi mereka semasa bermain bersama adik-beradik di rumah juga sama seperti aksi yang mereka tonton.
Oleh itu, ikuti beberapa TIPS atau panduan dalam membentuk tingkahlaku positif anak-anak yang boleh dipraktikkan bersama.
1. Erti Rasa Hormat
Tunjukkan tingkah laku yang baik kepada anak. Cakap dengan elok kepada anak anda dan tingkah laku anda itu akan membuatkan dia melakukan perkara sama kepada orang lain.
2. Berkongsi Permainan
Beri kata-kata pujian apabila dia sedia berkongsi dengan orang lain. Katakan kepadanya sikap suka berkongsi barang membuatkan dirinya disukai ramai.
3. Praktik Perkataan Kesopanan
Jadikan perkataan, ‘ tolong’ dan ‘terima kasih’. sebagai ungkapan yang wajib dalam keluarga anda. Jika anak anda lupa untuk mengucapkan terima kasih, ingatkan kepadanya.
peluklah anak kita setiap hari4. Ucapan Meminta Maaf 
Tunjukkan situasi si kecil harus mengucapkan kata-kata maaf. Jadikan ungkapan meminta maaf sebagai suatu perkara biasa. Dengan cara ini membuatkan anda lebih disenangi dalam pergaulannya dengan rakan sebaya.
5. Memberi Pujian
Pujian adalah kata-kata yang menakjubkan buat anak anda. Beritahu kepada anak anda bahawa anda bangga apabila dia menunjukkan sikap yang sopan setiap masa.
6. Menjadi Model Mengajar Tatatertib Kepada Anak
Jika mulut anda penuh dengan makanan apabila anda bercakap, anak anda akan mengikut perkara yang sama apa yang dilihatnya.
7. Mengungkapkan Penggunaan Ayat Yang Betul
Jika anak menggunakan perkataan, “Adik mahu air,” anda betulkan penggunaan ayatnya dan berkata, “Boleh ibu tolong ambilkan adik air,?” dan minta anak anda ulangi ungkapan tadi. Anda harus mengulangi penggunaan ayat ini sebarang situasi.
8. Minta Kebenaran
Ia sukar pada tahap usia ini untuk melatihnya. Jika anak anda merampas barang permainan rakan sebaya, katakan kepadanya, “ Perbuatan adik ini tidak baik dengan cara mengambil barang kawan tanpa meminta kebenaran.
9. Lakukan Kerja Rumah
Biarkan si manja membuang sampah atau lampin pakai buangnya ke dalam bakul sampah. Juga membawa pinggan plastik di letakkan atas meja ke sinki. Ia suatu pengenalan kepadanya untuk membantu ahli keluarganya membersihkan rumah.
please and thank you10. Gunakan Perkataan ‘Tolong’
Guna perkataan ini apabila mahu meminta anak anda mengambil barang yang anda mahu. ‘Adik, tolong mama ambilkan baju tu.
11. Suara
Beritahu kepadanya tempat yang ‘ok’ bersuara kuat dan tempat yang perlu bercakap perlahan.
12. Salam
Menghulurkan salam untuk berjabat tangan apabila berjumpa dengan orang yang lebih tua daripadanya. Ia mampu melahirkan perasaan hormat dalam diri anak itu.
Lakukanlah setiap panduan dan langkah ini secara istiqamah. InshaAllah lama-kelamaan anak kita akan mula bersikap sopan santun serta pandai menghormati orang terutama yang tua seperti yang kita impikan.
Sumber ini juga rujukan bersama daripada Majalah Pa & Ma
Selamat maju jaya !

Jumaat, 5 Julai 2013

Keibubapaan Memerlukan Kebijaksanaan

Pengalaman saya berjumpa dengan pelbagai tingkahlaku kanak-kanak kecil di Excel Qhalif Playgroup membuatkan saya lebih peka bagaimana pendekatan yang saya gunakan bagi setiap anak.
Bermula daripada segi jantina mereka, kedudukan anak di dalam adik-beradik dan latar belakang keluarga antara elemen asas bagi saya mengkaji cara penyelesaian yang terbaik dalam sesuatu isu anak-anak mereka.
‘Parenting need wisdom’ yang mana setiap daripada kita kadangkala terlalu tertekan apabila berdepan dengan perkembangan anak kita yang di mata kita agak ketinggalan berbanding anak orang lain.
Kebijaksanaan dan keterbukaan adalah amat penting dalam kita menjadi seorang ibubapa yang baik. Suka saya kongsikan beberapa jalan penyelesaian bagi mengurangkan kadar kerisauan yang kita hadapi.
Ajari anak bercakap dengan bijak
buku cerita mampu membantu anak bercakap1. Mulai hari ini saya cadangkan, para ibubapa untuk memperuntukkan waktu ‘bedtime story’ kepada anak-anak. Gunakan buku cerita yang menarik dan mempunyai perkataan yang mudah.
Jadikan ianya rutin sebelum mereka lena. Namun, untuk membuatkan mereka terpaku dan mendengar apa sahaja celoteh kita pada mereka, pasti ‘facial expression’ dan intonasi kita menarik minat mereka.
Misalannya, kita bercerita tentang ‘Insy Winsy Spider’, pastikan kita jelas bercerita dengan nada yang betul bagaimana perbezaan antara ‘big’ dan ‘small’ spider. Apabila ketika perkataan ‘big’ itu kita boleh gunakan dengan suara yang garau untuk menjadikan penceritaan kita sangat disukai oleh anak-anak.
Petanda penceritaan kita berjaya ialah apabila anak-anak akan tidak sabar untuk mendengar cerita pada muka surat seterusnya. Justeru itu, apabila mereka sudah mula mendengar penceritaan kita dengan tekun inilah peluang kita untuk mengasah kemahiran verbal mereka pula dengan menyuruh mereka menyebut bersama kita dan beri mereka peluang untuk bertanya atau meneka apa sahaja. Mereka pasti seronok !
2. Gunakan ayat yang pendek lagi mudah. Apabila anak kita sudah mula faham apa sahaja perkara yang kita terangkan, pastikan ada ruang ‘pause’ antara satu ayat dan ayat yang lain bagi anak memberikan respon mereka.
Muslim Nursery Rhymes 3. Penggunaan lagu-lagu ‘nursery rhymesyang kerap dirumah atau playgroup antara kaedah yang terbaik mempercepatkan kemahiran bercakap anak-anak.
Peka pada lagu kegemaran mereka dan nyanyikan bersama mereka berulang-ulang kali sehingga mereka mampu menyebut patah kata lirik lagu itu dengan betul.
4. Amalkan juga bacaan Surah Taha Ayat 25-28 dan dihembuskan di mulut anak. Lakukanlah sekerap mungkin dan tawakal kepada Allah S.W.T untuk proses kelancaran lidah mereka untuk bercakap.
Setiap ayat di dalam Al-Quran adalah ayat penyembuhan tetapi bagi sesiapa yang yakin.
Ajari anak berkawan bersama Excel Qhalif Playgroup
Salah satu punca yang saya dapati apabila anak tidak mahu bergaul atau menjadi terlalu pemalu adalah disebabkan oleh ‘rakan maya’ mereka iaitu tablet, Ipad dan seangkatan dengannya. Cuba bayangkan diri kita juga pada masa kini yang tidak lekang juga tangan kita melayari apa sahaja maklumat melalui ‘smartphones’ yang ada.
Kebergantungan inilah yang membuatkan tingginya kadar anak yang tidak suka bergaul dan sangat pemalu saban hari saya terima maklumbalas daripada para ibubapa di Malaysia.
kurangkan penggunaan tabletTentukan had masa untuk mereka bermain alatan elektronik tersebut dan gantikan ruang yang ada itu dengan membawa mereka berjumpa orang ramai.
Di kelas Excel Qhalif Playgroup ruang yang disediakan ini merupakan salah satu medium yang terbaik yang kami wujudkan untuk membuang sikap pemalu dan pendiam anak-anak.
Kami programkan juga minda separa sedar mereka nilai-nilai murni terutama adab dalam berkawan dan bergaul di dalam kumpulan.
Minda yang baik adalah aset setiap manusia, lebih awal kita programkan minda mereka dengan semua input yang bermanfaat, inshaAllah ilmu itu akan kekal dalam diri anak-anak kitahttp://www.excelqhalif.com/2013/04/29/keibubapaan-memerlukan-kebijaksanaan/

4 Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Tahap Mendidik Anak Cara Rasulullah S.A.W

Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.
Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.
Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.
Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.
4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :
1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.
3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka.Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.
4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah. Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.
Curahkan Kasih Sayang dengan Bermain Bersama-sama Mereka
Tiada manusia dilahirkan tanpa titik permulaan. Sesungguhnya fasa yang terpenting dalam tumbesaran setiap anak-anak adalah pada fasa yang pertama mengikut didikan Rasulullah S.A.W seperti di atas. Tahap ini dianggap paling penting kerana ketika inilah asas @ foundation dalam kerohanian anak-anak yang sihat terbentuk.
Mengikut ujian tingkah laku, anak-anak yang diberi perhatian dan kasih sayang yang cukup akan membesar dengan penuh yakin dan lebih mudah mendengar kata. Sebaliknya bagi anak-anak yang kurang diberi perhatian, mereka mudah memberontak dengan melakukan perkara yang ditegah walaupun berulang kali ditegur. Mereka percaya itulah cara terbaik bagaimana untuk menarik perhatian anda semula.
Masa Kecil Mereka Takkan Berulang Buat Kali Kedua…
Dipetik kata-kata Prof Dr Muhaya dalam siaran langsung di radio IKIM.fm dalam segmen ‘Reset Minda Orang Yang Tenang’ baru-baru ini,
“Carilah aktiviti atau program yang memberi manfaat masa berkualiti bersama anak-anak. Program yang menekan seperti ikatan kekeluargaan ataupun ‘family bonding time’ adalah program terbaik dalam ‘membayar’ semula masa dan tenaga yang kita gunakan untuk mencari rezeki kepada anak-anak.

Cara Bijak Rasulullah Dalam Mendidik Anak


Judul Buku : Cara bijak Rasulullah Dalam mendidik Anak
Penulis : Nurkholish Rif’ani
Penerbit : Real Books
Tahun terbit : Februari, 2013
Tebal buku : 156 halaman

Cara Mendidik Anak ala Rasulullah
Cover buku "Cara bijak Rasulullah Dalam mendidik Anak".
Cover buku “Cara bijak Rasulullah Dalam mendidik Anak”.
dakwatuna.com - Orangtua mana yang tak ingin melihat anak-anaknya tumbuh cerdas, pintar dan saleh. Setiap orang tua menginginkan yang terbaik untuk anak-anaknya.  Berbagai cara dilakukan untuk mewujudkan anak menjadi saleh dan pintar.
Namun di zaman modern ini kiranya sulit, melihat pengaruh dari media yang buruk, dan lingkungan yang sudah tergores oleh gaya hidup kebarat-baratan. Hal ini sehingga membutuhkannya peran penting orang tua dalam mendidik anak-anaknya.
Anak adalah titipan Allah Swt., perhiasan hidup dan penerus harapan dan cita-cita orang tuanya.
Anak ibarat kertas putih, yang bisa ditulis dengan tulisan apa saja. Peran orangtua sangatlah vital. Karena melalui orang tualah, anak akan menjadi manusia yang baik atau tidak. Rasulullah SAW, sebagai teladan paripurna, telah memberikan tuntunan bagaimana mendidik dan mempersiapkan anak. Dan hal yang paling penting adalah keteladanan dalam melakukan hal-hal yang utama. Inilah yang harus dilakukan orangtua. Bukan hanya memerintah dan menyalahkan, tapi yang lebih penting adalah memberikan contoh kongkret. Secara simultan hal itu juga harus ditopang oleh lingkungan, pergaulan, dan masyarakat. (hal. 15-34)
Banyak orang tua yang tidak begitu memperhatikan pendidikan agama anak-anaknya, sehingga anak mereka hidup tanpa tuntunan. Buku ini hadir sebagai panduan lengkap para orangtua tentang cara mendidik anak ala Rasulullah SAW semenjak dalam Kandungan hingga 18 tahun.
Berbagai cara mendidik anak ala Rasulullah, Sejak dalam kandungan, misalnya dengan cara mendoakan anak sejak masih dalam tulang Sulbi sang Ayah, hingga memberikan dzikir doa keselamatan saat akan lahir.  Ketika anak lahir sampai usia 3 tahun, anak membutuhkan banyak stimulasi atau rangsangan agar saraf-saraf di otaknya berkembang sehingga mendorong kecerdasan dan pembentukan jiwa sang anak (hal 49).  Pada usia 4-10 hingga 18 tahun, anak hendaknya diajari belajar mengenali dirinya dan mengajari sesuatu dengan kejujuran. Biasanya orangtua kerap mengiming-iming anak agar anak itu senang dengan berkata bohong kepada anaknya, mengajarkan dan memperlakukan anak dengan mencela dan sering memberikan ketidakadilan pada anak-anak mereka serta memanjakan anak secara berlebihan (hal 69, 101).  Hal inilah yang menjadi permasalahan anak seringkali menjadi nakal, psikologi mental anak menjadi rendah serta membuat anak kehilangan percaya pada dirinya. Imam Ghazali menyatakan bahwa sesungguhnya anak adalah amanah yang harus dijaga dan dibekali ilmu agama untuk terwujudnya anak-anak yang shalih dan shalihah.
Buku ini sangat menarik untuk menjadi pedoman bersama bagi para orangtua dalam mendidik putra-putri mereka. Dan dibumbui dengan cara/pola mendidik ala rasulullah yang paling mudah dan efektif dalam mengajari anak tentang berbagai macam perilaku Islami di zaman sekarang. Selamat membaca.